Thursday, November 25, 2010

UKURAN ISIPADU CECAIR

Ukuran Isipadu Cecair

              Video di atas menunjukkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ukuran isipadu cecair. Video ini boleh digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk ukuran cecair murid tahun 2 .Ianya sesuai dijadikan sebagai set induksi untuk menarik perhatian murid untuk menarik tumpuan murid kepada pengajaran guru.
               Pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk ‘Isipadu Cecair’ amat penting kerana ianya berkait dengan kehidupan seharian setiap murid. Murid perlu diberi pendedahan tentang ukuran isipadu cecair dengan terperinci ini adalah kerana tajuk ini tidak begitu susah untuk dipelajari dan dipraktikkan. Jika pengajaran yang disampaikan oleh guru tidak bersesuaian akan menyebabkan pembelajaran murid tidak  mencapai objektifnya. Oleh itu guru perlu bijak untuk menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kebolehan setiap murid. Aktiviti yang bersesuaian akan menarik minat murid untuk belajar dengan tekun dan dapat memberi keyakinan kepada murid bahawa tajuk ini sangat menarik untuk dipelajari.

Di antara sebab mengapa ukuran Isipadu Cecair perlu diperkenalkan kepada murid-murid adalah:
i.    Bahan-bahan  untuk unit bukan piawai adalah lebih mudah diperolehi
ii.  Mengikut sejarah, manusia menggunakan unit-unit bukan piawai untuk pengukuran sebelum menetapkan unit-unit piawai
iii.   Unit-unit bukan piawai lebih mudah digunakan
iv.  Unit-unit bukan piawai menggunakan bahan-bahan yang kelihatan semulajadi yang berkaitan dengan pengalaman seharian murid-murid.

                Adalah penting untuk guru memberikan murid-murid pengalaman dengan sistem-sistem pengukuran yang mereka tidak biasa kerana mungkin mereka akan menggunakan asas-asas selain daripada sepuluh dalam pengangkaan.
Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid dalam mempelajari topik Ukuran Isipadu Cecair ini dengan lebih berkesan. Perkembangan pedagogi yang diperlukan antaranya adalah:
i.     Mengenalpasti sifat bagi isipadu cecair
ii.    Perbandingan langsung bagi isipadu cecair
iii.   Perbandingan tidak langsung bagi isipadu cecair melalui rujukan
iv. Mengenal pasti alat-alat yang digunakan sebagai pengukuran bukan piawai bagi isipadu cecair
v.  Mengukur ukuran isipadu cecair menggunakan pengukuran bukan piawai



Alat Bantu Mengajar
               Dalam tajuk Ukuran Isipadu Cecair, sebagai langkah permulaan guru akan menunjukkan beberapa bekas yang boleh digunakan untuk mengukur ukuran isipadu cecair. Antara bekas yang boleh digunakan ialah baldi, besen, mangkuk, cawan, gelas, botol dan juga teko.Semua bahan yang digunakan adalah bersesuaian untuk kegunaan murid cemerlang dan sederhana.


                                             
                                 Teko                                                    Besen  


                                  baldi                                           gelas



                                     botol                                     cawan
                                                              mangkuk

                Bahan yang digunakan adalah berkait dengan kehidupan seharian murid-murid. Mereka sudah biasa melihat bahan-bahan yang ditunjukkan di atas. Oleh itu pengajaran yang akan disampaikan oleh guru akan lebih berkesan dan murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru sepenuhnya. Bahan-bahan yang digunakan ini juga adalah murah dan senang didapati atau diperolehi. Murid-murid boleh mendapatkan bahan-bahan ini di rumah mereka tanpa mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli bahan yang lain. Murid atau guru tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang mahal untuk menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan di dalam aktiviti ini.
                Bahan-bahan ini juga adalah ringan dan senang untuk dibawa ke kelas mereka. Bahan-bahan ini adalah juga selamat untuk kegunaan murid-murid ini. Di dalam sebarang aktiviti yang dijalankan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap guru perlu mengutamakan keselamatan murid-muridnya. Aktiviti yang akan dijalankan adalah berpandukan kepada tahap kebolehan murid. Secara dasarnya kedua-dua aktiviti yang akan dijalankan memerlukan kerjasama di antara setiap ahli kumpulan. Murid-murid di dalam kumpulan akan bekerjasama secara menyeluruh untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti ini.

Aktiviti Pengajaran
                Sebagai langkah permulaan, guru memulakan aktiviti pengajaran dengan mengimbas kembali pengajaran dan pembelajaran yang lepas. Guru akan menyoal murid tentang istilah ‘ kosong’      ( empty ), ‘separuh penuh’ ( half full ) dan juga ‘full’ ( penuh ). Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan di bawah ini. Guru menggunakan kad perkataan dan juga contoh-contoh gambar seperti di bawah ini.

kosong (empty)

separuh penuh (half full)

     


penuh (full)
kosong (empty)

separuh penuh (half full)


penuh (full)

Aktiviti 1 ( Kumpulan Sederhana )

Tajuk                         :   Ukuran Isipadu Cecair
Hasil Pembelajaran     :   Menganggarkan kapasiti sebuah baldi dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
Objektif                     :   Diakhir pengajaran murid-murid dapat mengangarkan kapasiti sebuah baldi dengan menggunakan unit-unit piawai dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru selepas aktiviti ini.
Bahan-bahan             :   Cecair pelbagai warna mengikut kumpulan, botol, gelas, cawan dan sebuah baldi sederhana besar.

Langkah aktiviti              :  
1.   Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka supaya bekerja secara     kooperatif. Setiap ahli di dalam kumpulan perlu bekerjasama supaya memperolehi bacaan yang tepat.
2.   Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
3.   Berikan satu set bekas yang berlainan saiz (botol, gelas,cawan ) dan sebuah baldi sederhana besar kepada setiap kumpulan.
4.  Minta murid menganggarkan jumlah air botol,gelas dan cawan yang diperlukan untuk mengisi baldi tersebut dengan penuh.
5.   Minta murid mengisi air ke dalam baldi dengan menggunakan botol diikuti dengan cawan dan gelas.
6.   Air yang dibekalkan kepada setiap kumpulan adalah berlainan warna. Ini adalah kerana bagi memudahkan murid mendapatkan anggaran atau bacaan yang sempurna dan tepat.
7.   Ulang dengan bekas-bekas yang berlainan yang telah dibekalkan di awal aktiviti tadi. 
8.   Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual di bawah ini.
Bekas-bekas
Botol
Gelas
Cawan
Anggaran



Ukuran Sebenar




9.   Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah ini.
      _______________ botol boleh memenuhi baldi sederhana besar tersebut.
      _______________ gelas air memenuhi baldi sederhana besar tersebut.
      _______________ cawan air memenuhi baldi  sederhana besar tersebut.
10.  Minta murid membincangkan tentang ketiga-tiga bekas tersebut ( botol, gelas dan cawan ) yang mana mempunyai kapasiti paling besar.
11.   Arahkan murid supaya menyusun kapasiti ketiga-tiga bekas tersebut mengikut turutan menaik.
12.   Guru akan mengemukakan soalan-soalan tertentu selepas aktiviti ini sebagai langkah pengukuhan untuk menilai sejauh mana tahap pemahaman dan kefahaman setiap orang murid.

Aktiviti 2 ( Kumpulan Cemerlang)

Tajuk                       :   Ukuran Isipadu Cecair
Hasil pembelajaran   :   Menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
Objektif                    :   Diakhir pengajaran murid-murid dapat menyukat isipadu bekas dengan menggunakan unit-unit bukan piawai dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru selepas aktiviti ini.
Bahan-bahan            :   Satu besen, satu baldi ,satu teko dan beberapa biji gelas.

Langkah Aktiviti     :    
1.   Bahagikan murid kepada kumpulan berempat dan minta mereka bekerjasama secara kooperatif.Kerjasama antara ahli adalah penting untuk mendapatkab bacaan dan ukuran yang sepatutnya.
2.   Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
3.  Berikan satu set bekas ( besen, baldi, teko dan gelas) kepada setiap kumpulan tersebut.
4.  Setiap kumpulan dibekalkan dengan air yang berlainan warna bagi menarik perhatian dan memudahkan ukuran mereka.
5.   Minta murid dalam setiap kumpulan mengisi air ke dalam besen, baldi, dan teko tersebut dengan menggunakan gelas yang dibekalkan.
6.   Minta murid menganggarkan bilangan gelas yang diperlukan untuk mengisi kesemua air di dalam bekas-bekas( besen, baldi, teko) tersebut.
7.   Minta murid mengisikan air ke dalam gelas untuk memeriksa anggaran mereka.
8.   Ulang aktiviti dengan menggunakan baldi dan teko.
9.   Minta murid merekodkan penemuan mereka di dalam jadual di bawah ini.
Bekas-bekas
Besen
Baldi
Teko
Anggaran



Ukuran sebenar



 
10.  Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah ini.
       Air di dalam besen air boleh memenuhi___________ gelas.
       Air di dalam baldi boleh memenuhi ____________ gelas.
       Air di dalam teko boleh memenuhi ____________gelas.
11.  Minta murid membincangkan bekas mana yang mempunyai kapasiti paling kecil.
12. Arahkan murid supaya menyusun bekas secara menurun dari kapasiti paling besar ke kapasiti paling kecil.
13.   Arah murid supaya menyusun bekas secara menaik dari kapasiti paling kecil ke kapasiti paling besar.
14.   Guru akan mengemukakan soalan-soalan  tertentu selepas aktiviti ini sebagai langkah pengukuhan untuk menilai sejauh mana tahap pemahaman dan kefahaman setiap orang murid.